Bertajuk: SEPOHON BERNAMA ‘MANUSIA’
Dulu-dulu
polybag
tanah semaian
rumah hijau
sebiji benih
nasibnya belum tahu
ia ramuan cukup-cukup
jangan kurang
jangan pula berlebihan
cukup-cukup
bak kata orang
‘panas’
atau
‘sejuk’
atau
‘sedang-sedang’
Oksigen, itu maha-penting
karbon dioksida, itu maha-penting
siram air, itu maha-penting
mentari, itu maha-penting
fotosintesis, itu maha-penting
pH, itu maha-penting
khasiat baja, itu maha-penting
6H2O + 6CO2 --tindak balas kompleks fotosintesis--> C6H12O6 + 6O2
hasil gula glukosa karbohidrat
ahli sains belum difahami sepenuhnya
singkap misteri disebaliknya
anak sepohon pokok
mesti ketahanan tinggi
mesti panahan cahaya matahari
panas
terik
hujan
malam
sejuk
sekarang
...hidup
... atau ...layu
... atau ...mati
MANUSIA pun begitu!!!
12:13am, Selasa, 18 Ogos 2020
Taman Sri Temenggong, Segamat.
HishamMB
TAZKIRAH SEJENAK
وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انْظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
- Surah al-An’am, ayat 99
Lihat 1,

No comments:
Post a Comment