Bertajuk: KETENANGAN HATI
LIHAT DI SINI ๐:
Terpesona
tergiur hati
memukau mata
alam taman syurga duniawi
ia adalah ubat mujarab
untuk sakit jasmani
sakit jiwa
sakit rohani
membisu seribu bahasa
kata kata lidah kelu
cinta yang tak terucap
ketenangan hati milikNYA
aku suka suasananya
ada indah pemandangan
ada kicauan burung
ada rimbunan hijau
ada ikan kelaparan
ada kucing jinak
ada monyet bergayutan
ada taman permainan
ada senaman senamrobik
ada bangku rehat
ada Sungai Kapeh
ada 'Tasik Segamat'
tenang
damai
tenteram
tak boleh dijual beli
tiada tolok bandingnya
ketenangan hati adalah paling berharga
semoga AKU dapat syurga firdausi
semoga kamu pun dapat syurga firdausi
sambil itu santunkanlah
tunjukkanlah akhlak islami
jalan-jalan
jalan laju
senaman
rehat
sebarkan salam warga dunia
dakwah dengan bil-hal
islam itu indah
islam itu cantik
marilah basah-lidahkanlah
lazimikanlah
ucapkanlah
tasbih, SUBHANALLAH
tahmid, ALHAMDULILLAH
takbir, ALLAHUAKBAR
tahlil, LA ILA HA ILLALLAH
istighfar, ASTAGHFIRULLAH
Rabbana Atinna fiddunya hasanah
wafil akhirati hasanah
wakina Adzabannar.
*** Note: Sungai Segamat vs Sungai Kapeh. Sebenarnya, 'Tasik Segamat' itu tak wujud. Nama Jolok-kan aku sahaja.
8:13am, Sabtu, 18 Okt 2014
Sungai Kapeh, Segamat.
HishamMB.
TAZKIRAH SEJENAK
Lihat 1,
Lihat 2,

No comments:
Post a Comment