Friday, November 20, 2020

MONOLOG 22

Bertajuk: HUJAN


LIHAT DI SINI 👇:

Salam Saidul Ayyam wa fiikum baarakAllah
Salam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)

(3:04pm, Jumaat, 6 Nov 2020)
Hari ini bumi Segamat menangis 
tangisan gembira atau tangisan duka
tangisan suka atau tangisan sengsara
ia adalah hujan rahmat

semasa aku kecil
aku suka main hujan
menari tanpa lagu
tiada takut demam
tiada takut semsema 
memori kenangan hujan 
hah, syurga hujan 

setiap kali hujan
diiringi dengan irama
bunyi alunan muzik mengasyikkan
dengan bumbung zink
dengan aneka bentuk kampung
sangat mendamaikan
semakin lebat semakin tak dengar 
semakin lebat semakin sejuk
bukan setakat sejuk, bahkan menyejukkan 
nyaman lagi segar

bagi tumbuh-tumbuhan 
nyawa pepohon 
ia siram air percuma
anugerah Ilahi

bagi si penoreh getah
khabar duka 
hari ini 'cuti rehat'
dek hujan
dek pokok basah
dek belanjawan terjejas 
dek poket kosong 

aku teringat peribahasa melayu
“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri”
bermaksud, sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri

(4:49am, Khamis, 10 Nov 2020)
aku pun teringat sebuah novel
“Hujan Pagi” oleh Pak Samad *
liku-liku kehidupan wartawan
rintangan menghadapi penjajah
‘...melayu bukan bangsa yang kalah
     kita cuma bangsa yang kurang tahu…’
‘...politikus rakus yang mudah beli dengan budi
mengisi kantung diri dan keluarga sendiri…’

(Bertajuk "Hujan" oleh Sudirman)
aku pun teringat sebuah lirik lagu
oleh Sudirman
‘...hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut…’

(5:54pm, Ahad, 8 Nov 2020)
dalam Islam, hujan ada dua pilihan
sama ada beriman atau kufur
jangan tersalah pilih
YA, BERIMAN, bukan kufur.

2:58pm, Jumaat, 6 Nov 2020
Taman Seri Temenggong, Segamat.
HishamMB.

*  Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, bukan nama asing. Ia adalah nama besar. Menerusi "Hujan Pagi", dia memenangi Hadiah Sastera Malaysia berturut-turut, iaitu tahun 1986 dan 1987. Aku suka baca berkali-kali. Kali pertama, aku tidak faham. Aku tenggelam kerana banyak watak-watak seperti Lokman, Lajis, Norisah, Dr. Ahmad Dio, dan banyak lagi. Kejap-kejap dunia realiti, kejap-kejap dunia halusinasi.  Ia adalah karya yang sangat intelektual, hebat dan ulung. Bacalah...


TAZKIRAH SEJENAK

Lihat 1,

Lihat 2,

1 comment: