Thursday, November 26, 2020

MONOLOG 23

Bertajuk:  INSPIRASI DAN REZEKI 


LIHAT DI SINI 👇:

Salam Khamis wa Fiikum BaarakAllah

Salam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)


(Pekan Gersik, Sungai Muar, Tangkak.)
(Pekan Kundang Ulu, Sungai Muar, Tangkak.)
Alirannya mengalir
tenang permukaan
penuh nostalgia
jernih dilihat
segar belaian
ikan menari dan berlari
ia adalah anugerah Ilahi dan alam

ia adalah sumber kehidupan
sifat air nan sejuk
sebuah retorika
sekuat-kuat aku menggenggam air, 
     ia tetap akan pergi mengalir
hahh

tatkala alam terasa jinak 
     terasa tenang 
     terasa membahagiakan 
sumber inspirasi dan ilham 
sumber rezeki 

(Sungai Segamat, Segamat @ Banjir Besar 21 Dis 2006 @ Tatkala Murka)
tatkala alam terasa pedih
     terasa murka
     terasa marah
tunggulah bencana
tunggulah malapetaka
ekonomi membeku
seperti mana sejuknya, 
     nan kakunya, 
     nan termangunya
semua kedai ditutup
semua kilang ditutup 
semua sekolah ditutup
semuanya ditutup
semuanya pun susah
azab dan sengsara sungguh
bekalan air terputus
bekalan elektrik terputus
     beras, gula, tepung, minyak segala
    semuanya mahal, melambung
    poket makin menipis
ia adalah dasyat, amat kejam

(Sungai Segamat, Segamat @ Tatkala Jinak)
aku teringat peribahasa 
“Air Yang Tenang Jangan Disangka Tidak Berbuaya”
“Air Tenang Menghanyutkan”

(Sungai Penarah, Jementah @ Sungai Lesu)
aku pun teringat
sebuah novel “Sungai Mengalir Lesu”
oleh Pak Samad *
kisah sebuah jambatan dan
     sungai keruh yang mengalir lesu
kelaparan, kemiskinan, penderitaan,
     seorang biasa yang marhaen, seperti aku

(Sungai Kapeh, Segamat @ al-Quran Kalamullah, Surah al-Rahman)
(Sungai Kenawar, Segamat.)
aku pun teringat ayat Quran
“Ia biarkan air dua laut, iaitu masin dan tawar, mengalir,
     sedang keduanya pula bertemu”
“Di antara keduanya, ada penyekat yang memisahkannya, 
     masing-masing tidak melampaui sempadannya”
“Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan”

falsafah air buat aku amat INSAF!!!

6:22am, Jumaat, 30 Okt 2020
Pekan Kundang Ulu, Sungai Muar, Tangkak.
HishamMB.

* Sasterawan Negara Dato’ Abdul Samad bin Muhammad Said ialah seorang penulis dan penyair Malaysia. Dia mendapat anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah Penulis S.E.A. (1979), Sasterawan Negara (1985) dan Sasterawan Nusantara (1999).


TAZKIRAH SEJENAK

Lihat 1,

Lihat 2,

No comments:

Post a Comment