Bertajuk: BENDANG SAWAH
Lihat video di sini 👇:
Nun, nuuuuuuun
jauh, jauuuuuuuh
di sana, saaaaaaana
padi sawah bendang
bentang indah
pemandangan luas
cantik, caaaaaaantik sangat sangat
terbelah-dua lebuhraya
menghala ke utara
menghala ke selatan
lautan nan terang
kemudian
lautan nan menghijau
kemudian
lautan nan mengkuning
kemudian
lautan nan banting tulang
kemudian
lautan nan serkam
balik semula
tak henti-henti
tak rehat
pusing nan putaran
dan seterusnya
ufuk utara
kaki langit selatan
horizon timur
ergosfera barat
kalaulah dalam genggaman ku
kalaulah dalam pelukan ku.
6:47am, Jumaat, 6 Dec 2019
Hotel TH Alor Setar.
HishamMB
TAZKIRAH SEJENAK
Lihat 1,

No comments:
Post a Comment