Friday, December 18, 2020

MONOLOG 26

Bertajuk: CITA-CITA  BARU


LIHAT  DI SINI 👇:

Salam Saidul Ayyam wa Fiikum BaarakAllah
Salam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP)

Aku pernah serpihan sebuah gunung 
hamparan nan luas harapan
menanam perihal masa depan aku
perihal angan-angan aku
perihal cita-cita aku
perihal kehidupan aku

lalu
serpihan sebuah musnah lenyap
serpihan sebuah punah ranah
serpihan sebuah remuk redam

lalu
menjadi sebuah puing
menjadi sebuah abu berserakan
menjadi sebuah reruntuhan

lalu
onak dan duri yang terpaksa tempuh
peritnya lalui kehidupan berliku-liku
sungguh, susah payah aku mencari mutiara

lalu
dengan irama syahdu, sunyi, sepi
kadang kadang menangis
kadang kadang sedih
kadang kadang terharu
dengan bening bening subuh

lalu
‘kun faya kun’
‘laa haula wa laa quwwata illaa billaah’
‘rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bil khair’
ya, keajaiban sungguh
ilmu perubatan terpinga-pinga
ilmu doktor berkira-kira terkesima, terkejut
ilmu juru-rawatan tidak percaya, tergamam
DIA mengatasi segala-galanya
DIA jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi
DIA jualah kepunyaan timur dan barat... 
anugerah sang Maha Kuasa

10 tahun zaman kegelapan aku
zaman jahiliyah
zaman sia-sia

sekarang
setitik cahaya yang menerangi
menggapai sebuah harapan
secebis masa depan
aku akan genggam erat
cita-cita baru aku
sampai bila-bila

YA!!!
AKU TEMUI SINAR KEMBALI!!!

9:23am, Jumaat, 31 Jan 2020
Masjid al-Haram Al-Mukarramah, Arab Saudi.
HishamMB.


TAZKIRAH SEJENAK

LIHAT,


Friday, December 11, 2020

MONOLOG 25

Bertajuk: CERMIN KACA


LIHAT DI SINI 👇:

Salam Saidul Ayyam wa Fiikum BaarakAllah
Salam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP)

Di cermin
aku temui ‘aku’
susuk tubuh ‘aku’
gempal gemuk ‘aku’ 
pantulan lurus jujur
sama saling tak tumpah
seratus peratus sama
yang beza hanyalah kiri dan kanan
betul dan benar
tidak salah, tepat
insaf sungguh

di cermin 
tiada kata-kata
seribu bisu 
seribu pekak
tidak pernah menjerit
tidak pernah meraung
tidak pernah menangis
sebujur sunyi sepi
tiada kisah
tiada cerita
insaf sungguh

aku teringat mutiara kata
‘ada hanya satu cermin
iaitu cermin dari dalam diri
semua yang dilihat dari luar
adalah refleksi yang sedang fikirkan
sebelum neraca dan dacing
buruk baik adalah akibat natijah

aku pun teringat lagi 
'gunakanlah dua cermin
satu untuk melihat kekurangan diri;
satu lagi untuk melihat kelebihan orang lain'

seingat aku
tiada cermin ketiga 
yang ada hanya halusinasi sahaja
tidak wujud
insaf sungguh

pegang erat selalu
untuk melihat-lihat
jadilah seperti cermin
tiada bohong
jujur 
boleh mencermin diri sendiri

sekali kau retak atau pecah
jangan cuba-cuba pulih seperti sedia kala
ia menjadi tragedi
insaf sungguh

wahai yang bernama aku
sedarkanlah
insafkanlah
taubatkanlah

ya Allah, aku malu.

6:55am, Jumaat, 20 Nov 2020
Taman Seri Temenggong, Segamat.
HishamMB.