Friday, December 11, 2020

MONOLOG 25

Bertajuk: CERMIN KACA


LIHAT DI SINI 👇:

Salam Saidul Ayyam wa Fiikum BaarakAllah
Salam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP)

Di cermin
aku temui ‘aku’
susuk tubuh ‘aku’
gempal gemuk ‘aku’ 
pantulan lurus jujur
sama saling tak tumpah
seratus peratus sama
yang beza hanyalah kiri dan kanan
betul dan benar
tidak salah, tepat
insaf sungguh

di cermin 
tiada kata-kata
seribu bisu 
seribu pekak
tidak pernah menjerit
tidak pernah meraung
tidak pernah menangis
sebujur sunyi sepi
tiada kisah
tiada cerita
insaf sungguh

aku teringat mutiara kata
‘ada hanya satu cermin
iaitu cermin dari dalam diri
semua yang dilihat dari luar
adalah refleksi yang sedang fikirkan
sebelum neraca dan dacing
buruk baik adalah akibat natijah

aku pun teringat lagi 
'gunakanlah dua cermin
satu untuk melihat kekurangan diri;
satu lagi untuk melihat kelebihan orang lain'

seingat aku
tiada cermin ketiga 
yang ada hanya halusinasi sahaja
tidak wujud
insaf sungguh

pegang erat selalu
untuk melihat-lihat
jadilah seperti cermin
tiada bohong
jujur 
boleh mencermin diri sendiri

sekali kau retak atau pecah
jangan cuba-cuba pulih seperti sedia kala
ia menjadi tragedi
insaf sungguh

wahai yang bernama aku
sedarkanlah
insafkanlah
taubatkanlah

ya Allah, aku malu.

6:55am, Jumaat, 20 Nov 2020
Taman Seri Temenggong, Segamat.
HishamMB.


No comments:

Post a Comment