Monday, November 2, 2020

MONOLOG 19

Bertajuk: SAYAP DAN TERBANG

Lihat di sini 👇:
Burung oh burung
terbang di hamparan nan luas
bebas sepenuhnya
ke sini, ke sana
boleh ke mana saja
tiada lelah
tiada letih
tiada takut jatuh
dekat tapi susah menghampiri

burung oh burung
suara itu
syair itu
lagu itu
awan itu
langit itu
saban pagi ia berkicau
saban petang ia tetap berkicau

burung oh burung
ia tak mengerti sempadan negeri
tak mengerti sempadan negara
tak mengerti sempadan benua
maknanya, ia adalah warga dunia
tiada warganegara

aku teringat prosa terkenal itu
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
kisah Sultan Muzaffar Syah
kisah Tun Kudu
kisah Tun Perak
kisah orang Melaka berpecah dua
saling berselisih faham
saling membinasakan
sarat nasihat dan pengajaran di situ

aku pun teringat pantun lama melayu

“Si dialog teruna,
     Menganyam tikar di rumah Che' Manan, 
     mengkuang pandan jangan dipijak ;
     Burung di sangkar hati berkenan,
     entah bertuan entah tidak.

Si gadis menjawab,
     Padi masak jangan dibakar,
     kerana padi bukannya lalang ;
     Saya umpama burung disangkar,
     belum pernah dipikat orang.

Si teruna pun menjawab,
     Banyak orang meniup trumpet,
     terumpet ditiup anak china;
     Puan enggang saya pipit,
     mana boleh terbang sama.

Si gadis menjawab,
     Rama-rama dihujung dahan,
     kalau dipegang patah kepaknya;
     Bukankah sama makhluk Tuhan,
     enggang dan pipit apa salahnya…”

aku pernah angan-angan
sayap dan terbang
membelah nan langit
nan membiru
burung tak bertepi
kawan dengan awan-awan
alangkah bahagianya
tapi
aku teringat sangkar itu
sempit it
kurungan itu
sangkar emas pun, aku tak nak

kalau ada pilihan, 
aku tetap lahir manusia sempurna
aku tak nak burung itu
aku syukur.

7:08am, Selasa, 22 Sept 2020
Taman Bendahara, Jalan Muar, Segamat.
HishamMB.

*** Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), berkata,

Dang Nilai memangku puan,

berembang buah pedada;

Adakah gila bagimu tuan,

burung terbang dipipihkan lada.

...Hmmm... 



TAZKIRAH SEJENAK

Lihat 1,

Lihat 2,

No comments:

Post a Comment