Bertajuk: TONGGOL BERGERIGIS
Lihat di sini ๐:
Pokok nan pohon
menghijau merimbun
dahan kuat
ranting teguh
lebat daun
bakti demi bakti
jasa demi jasa
memayung dek panas
tumpang teduh dek hujan
ia sudah menghilang
esok, tiada
lusa, tiada
tulat, tiada
sampai bila-bila tiada
ia sudah dilupakan
kerana dek tebang
kerana dek dibuang
yang ada adalah sisa-sisa
yang ada adalah hampas
tak ada lagi kisah suka-duka
tak ada lagi bakti
tak ada lagi jasa
ribuan atau jutaan
memayung atau teduh
ia adalah kenangan terindah
kenangan mengusik jiwa
kenangan semalam
yang tebang, takkan kembali
aku teringat Pak Shahnon Ahmad
karya agong ‘Tunggul-Tunggul Gerigis’
watak Lebai Memok
watak Imam Itam
watak Haji Deraman
31 tahun lalu
watak-watak itu masih ada
kejahilan dan bobrokkan
kesesatan dan kesongsangan
kegilaan najis dan kuasa
aku pun beringat lirik lagu
“bagai patah tak tumbuh lagi
bagai hilang tidak berganti
bagai terbawa separuh diri
bersama pergimu yang tak kembali”
Almarhum Pak Shahnon sudah mati
AKU akan mati
kamu pun akan mati
yang tinggal adalah
‘Tunggul-tunggul Gerigis’
Allah...
8:08am, Jumaat, 11 Sept 2020
Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Segamat.
HishamMB.
*** Almarhum Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr Haji Shahnon Ahmad @ Juwahir @ Tutang (Jumaat, 13 Januari 1933, Sik, Kedah ~ Selasa, 26 Disember 2017, Kajang, Selangor @ berusia 84 tahun), al-Fatihah.
TAZKIRAH SEJENAK
Lihat 1,
Lihat 2,

No comments:
Post a Comment