SEORANG SAHABAT bertanya kepada SAYA, katanya “...MONOLOG itu, apa? Saya tak tahu…”.
Ini adalah catatan serba sedikit tentang MONOLOG saya.
1. Idea DIALOG itu adalah biasa, ia bukan asing. DIALOG di antara seorang sahabat bersama saya adalah contoh DIALOG.
2. MONOLOG adalah mungkin asing.
3. Ia meminjam daripada khazanah kesusasteraan, iaitu DIALOG, MONOLOG, PROLOG dan EPILOG.
a. Dialog
Dialog adalah sebuah percakapan yang dilakukan oleh 2 atau lebih.
b. Monolog
Monolog adalah percakapan yang dilakukan kepada dirinya sendiri. Ia adalah pertuturan kepada diri sendiri. Ia boleh disuarakan atau ucapan dalam hati. Ia tak ditujukan kepada orang lain. Ia juga tak memerlukan reaksi atau jawaban daripada orang lain.
c. Prolog
Prolog merupakan percakapan situasi pendahuluan. Ia adalah pengantar naskah atau keterangan atau pendapat pengarang.
d. Epilog
Epilog adalah kata penutup atau mengakhiri. Epilog pada umumnya berisi mengenai amanat atau kesimpulan atau hikmah atau pelajaran. Ia daripada konflik-konflik tertentu.
4. MONOLOG adalah ampuh untuk rawat yang sakit, terapi, terluka, duka lara, dan sebagainya.
5. Tujuan asal MONOLOG adalah keluhan dan rintihan. Ini merebak kepada konsep lain seperti marah, sayang, gembira, malu, dan sebagainya.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment