Friday, January 29, 2021

KEMBARA KU, MUSAFIR KU JUA 1

RUANG, TARIKH, MASA dan DI SEBALIK (the BEYOND)...

Salam Saidul Ayyam wa Fiikum BaarakAllah
Salam PKP dan PKPB

Dhuha - Asar @ Ahad - Khamis @ 24 - 28 Nov 2019

Daripada Ibn Umar RA berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ، كَبَّرَ ثَلَاثًا، ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” 
[Riwayat Muslim (1342)]

Misi PERGI



...dan DI ANTARANYA...


Lihat di sini clip videonya👇:


...dan Misi PULANG


JUMLAH KESELURUHAN adalah 555 km.

Alhamdulillah @ Rumahku Syurgaku @ ها نحن ذا، ما أحلى العودة للمنزل @ Home Sweet Home.


Friday, December 18, 2020

MONOLOG 26

Bertajuk: CITA-CITA  BARU


LIHAT  DI SINI 👇:

Salam Saidul Ayyam wa Fiikum BaarakAllah
Salam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP)

Aku pernah serpihan sebuah gunung 
hamparan nan luas harapan
menanam perihal masa depan aku
perihal angan-angan aku
perihal cita-cita aku
perihal kehidupan aku

lalu
serpihan sebuah musnah lenyap
serpihan sebuah punah ranah
serpihan sebuah remuk redam

lalu
menjadi sebuah puing
menjadi sebuah abu berserakan
menjadi sebuah reruntuhan

lalu
onak dan duri yang terpaksa tempuh
peritnya lalui kehidupan berliku-liku
sungguh, susah payah aku mencari mutiara

lalu
dengan irama syahdu, sunyi, sepi
kadang kadang menangis
kadang kadang sedih
kadang kadang terharu
dengan bening bening subuh

lalu
‘kun faya kun’
‘laa haula wa laa quwwata illaa billaah’
‘rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bil khair’
ya, keajaiban sungguh
ilmu perubatan terpinga-pinga
ilmu doktor berkira-kira terkesima, terkejut
ilmu juru-rawatan tidak percaya, tergamam
DIA mengatasi segala-galanya
DIA jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi
DIA jualah kepunyaan timur dan barat... 
anugerah sang Maha Kuasa

10 tahun zaman kegelapan aku
zaman jahiliyah
zaman sia-sia

sekarang
setitik cahaya yang menerangi
menggapai sebuah harapan
secebis masa depan
aku akan genggam erat
cita-cita baru aku
sampai bila-bila

YA!!!
AKU TEMUI SINAR KEMBALI!!!

9:23am, Jumaat, 31 Jan 2020
Masjid al-Haram Al-Mukarramah, Arab Saudi.
HishamMB.


TAZKIRAH SEJENAK

LIHAT,