a) Pengalaman yang mematangkan kita... erti hidup kita… suka-duka kita…
...kadang-kadang, teori itu tak cukup… teori memang cantik… praktis adalah bab yang lain...
...TEORI dan PRAKTIS adalah jauh berbeza, ibarat bumi dengan langit…
...dalam REALITI, lagi lah jauh, jauuuuh sangat sangat, ibarat bumi dengan bulan...
b) [Sabtu - Selasa @ 1 - 4 Jan 2011 @ Wad Lelaki dan Wad Kelas 1, Hospital Segamat]
Untuk pesakit strok, faktor masa adalah sangat penting, kalau boleh, 3 jam yang pertama {1}... untuk dapatkan ubat strok tu, pakar diabetes, pakar hypertension, pakar neuron, pakar surgery, pakar buis dan rekod perubatan kena lah bertemu dan sangat penting… saya teringat dalam perjalanan daripada Hospital Segamat ke Hospital Pantai {2}, saya menjadi mission impossible… helikopter pun mustahil, unworkable {3}...
...Gagal dan kecewa PERTAMA…
c) [Rabu @ 11 July 2012 @ Bilik Dr R. Sirajudeen, Pakar Perunding Perubatan, Hospital Segamat]
Ketika result MRI {4} mengatakan bahawa jantung saya adalah 20% sahaja, saya terkejut, terkesima, tergamam… hanya 20% sahaja???!!!... bukan 90% ke???... hanya 20% sahaja???!!!... boleh mati bila-bila masa???!!!... tak semana-mana, automatik, saya teringat tentang hutang itu, hutang kereta, hutang rumah, hutang PHD, hutang lain… Allah… Allah… silap kot, mistaken kot… saya tanya second option… saya ke Hospital Pantai, dia kata sama… saya ke Cardio Clinic TCA, Hospital Sultanah Aminah JB, dia kata sama… Allah… Allah…
...Gagal dan kecewa KEDUA…
d) [Isnin @ 3 Dec 2012 @ Cardio Clinic TCA, Hospital Sultanah Aminah, JB]
Untuk confirm finding itu, saya ke cardioyhoracic ultrasound {5}… doktor kata, jantung saya adalah 25% sahaja… bersedialah untuk pembedahan Angiogram dan Angioplasty… Allah… Allah...
...Gagal dan kecewa KETIGA…
...dalam ilmu perubatan adalah 90% berjaya, hanya 10% yang gagal... doktor suka guna percent itu menjadi hujah untuk pembedahan berjaya… tapi… adakah saya bersedia untuk 10% itu… adakah saya sedia??? ...sedia untuk anak yatim (Oman*)??? ...sedia untuk menjanda (Mizah**)??? ......sedia untuk semuanya???
...saya tak pasti…
e) [Rabu - Khamis @ 29 - 30 May 2013 @ Wad Kelas 1, Hospital Sultanah Aminah, JB]
Ketika solat Subuh, saya macam okay je… so far saya okay lah...
Ketika pakai suit pembedahan, saya mula tak keruan...
Daripada Wad Kelas Satu, saya menggeletar… ada menggigil… ada ketakutan… ada sedih… dup dap dup dap… ketika wheelchair, daripada Wad Kelas Satu kepada Dewan Bedah Cardioyhoracicsurgery… hati saya lebih degup kencang… hanya Allah saja yang tahu ketika itu…
...saya tengok banyak monitor… computer pun banyak…
…saya tengok banyak darah di sini… banyak...
Doktor kata, pembedahan tu FAILED, dah GAGAL dah… Allah… Allah… kerana 2 daripada 3 pembuluh darah dah tersumbat 100% dah, dah blocked dah, dengan perkataan lain, dah mati dah… hanya 1 saja yang masih berfungsi, itu pun hanya 80% sahaja (bukan 100%)… Allah… Allah…
...nurse dengan bantuan doktor, dia menjelaskan dengan detail, kenapa gagal… kemudian steps seterusnya, A sampai Z {6}… … dia mencadangkan untuk Heart Bypass Surgery…
...Gagal dan kecewa KEEMPAT…
...barulah saya tahu TEORI dengan PRAKTIS adalah sangat jauh... dan dengan REALITI lagiiiilah jauh…
...saya tanya, tentang risiko, macam mana… dia kata (doktor dan nurse), dia tak tahu, hanya gelengkan kepala saja… daripada respon spontan, saya dah tau dah… mungkin, bersedialah untuk the worst… Allah… Allah…
...Gagal dan kecewa KELIMA…
f) [Selasa @ 17 Sept 2013 @ Cardio Clinic TCA, Hospital Sultanah Aminah, JB]
Setiap kali pembedahan… mestilah ada risikonya… sama ada sihat seperti sediakala ATAU lumpuh separa ATAU lumpuh penuh ATAU mati… Doktor kata, dengan kes saya, kebarangkalian untuk sembuh adalah 50% - 50%...
Doktor kata, 50-50... maknanya, probably 60-40 atau 70-30 or lesser… Allah… Allah...
...ni yang saya tengah fikir, plus, minus, dan interesting (PMI) {7}…
...Oman pun tengah belajar, biarlah dia habis belajar bachelor dan master... ilmu kehidupan belum cukup untuk itu… dia masih perlu tunjuk ajar seorang abah...
...keupayakan, kemampuan, kewangan kena ambil kira semua aspek, sebelum keputusan terakhir...
...saya tangguh hasrat ke Heart Bypass Surgery/Coronary Artery Bypass Graft (CABG) {8}...
...I AM PREPARED FOR THE WORST, BUT HOPE FOR THE BEST...
g) [Isnin - Jumaat @ 1 - 12 Dec 2014 @ Umrah]
Ketika saya mengadu kepada Allah, dengan bergelinangnya air mata...
...bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi… kepunyaan Allah-lah timur dan barat...
...Allah ya, jualah dikembalikan segala urusan kita...
...kun faya kun… apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia...
...laa haula wa laa quwwata illaa billaah… tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah {9}...
m) [Selasa @ 6 Nov 2018 @ Wad Biasa Lelaki, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar]
Saya strok kedua, kali ni, doktor kata, 'bleeds'...
Nota:
Oleh kerana saya semakin lemah, saya makan guna tangan sebelah kiri; tak boleh signature @ guna jari, segala urusan bank dan sebagainya; semakin lemah segala perbuatan seperti jalan dan sebagainya; Hilang imbangan badan, dan; badan pun dah senget.
n) [Isnin - Khamis @ 19 - 22 Nov 2018 @ Wad Neurosurgery, Hospital Sultanah Aminah, JB]
Doktor kata, jantung saya adalah 28% sahaja… Allah… Allah...
...Gagal dan kecewa KEENAM…
...adakah gagal dan kecewa ke-7???...saya tak ada jawapan persoalan itu… saya tak pasti…
Note:
Doktor berbisik kepada Mizah**, dia katanya, “...makcik, bersedialah untuk segala kemungkinan... makcik, pakcik perlukan support, bukan calang calang support, segalanya A sampai Z…”
o) [Selasa @ 27 Nov 2018 @ Hospital Ayer Keroh]
Lagi-lagi MRI… asyik-asyik MRI… ini MRI ke-8, Hospital Sultanah Aminah JB 2 kali, dan, Hospital Ayer Keroh 6 kali…
...dan cardioyhoracic ultrasound, 1 kali di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, dan 2 kali di Hospital Sultanah Aminah JB…
...hhhmmmmm...
p) [Khamis @ 8 Aug 2019 @ Hospital Ayer Keroh]
KHABAR GEMBIRA 1... doktor kata, kesan bleeding itu, dia kata, dah HILANG dah, tak ada… oleh kerana asyik muntah, saya menjangkakan dalam 60%-70% sahaja… dalam pengiraan saya, keputusan itu, saya tak nak tengok...takut-takut kecewa lagi… harini, peristiwa yang paling sejarah saya, PALING TERINDAH… doktor kata, TAK ADA… ZERO... NONE… yang ada hanya parut lama… ajaib sungguh… sekian kalinya… AJAIB SUNGGUH...
...terima kasih Allah...terima kasih Allah ...TERIMA KASIH ALLAH...
p) [Ahad @ 20 Oct 2019 @ Hospital Sultanah Aminah Neurosurgery JB]
KHABAR GEMBIRA 2… Doktor kata, selepas banyak test… antara test adalah berjalan barisan selari, in parallel, pergi dan balik… akhirnya, doktor merumuskan, file itu, dengan rasminya, DAH DITUTUP... Allah… Allah…
...terima kasih Allah...terima kasih Allah ...TERIMA KASIH ALLAH… {10}
g) [Ahad - Khamis @ 26 Jan - 6 Feb 2020 @ Umrah]
Dengan keputusan itu, dua-dua keputusan itu, saya mengunjungi Baitullah Kaabah dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam…
...dengan tangisan macam budak-budak... kadang-kadang teresak-esak... kadang-kadang tersedu-sedu… kadang-kadang pilu...
...Wahai Allah, aku bersyukur kepadaMu, kerana Engkau telah menjemputku, menjadi tetamu AgungMu, walaupun aku sebenarnya tidak layak...
...Wahai Allah, dalam ramainya manusia di rumahMu, akulah yang paling berdosa, akulah yang paling hina, akulah yang paling tiada apa, akulah yang paling banyak melakukan maksiat…
...Wahai Allah, ampunkan segala dosaku, ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata, dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui...
...walaupun sebanyak buih dilautan, walaupun sebanyak pasir dipantai, walaupun sebesar Gunung Uhud, walaupun memenuhi antara langit dan bumi… Wahai Allah, ampunkan segala dosaku...
...Wahai Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah…
...Wahai Allah, jualah dikembalikan segala urusan… Allah… Allah…
Nota kaki
--------------
{1} Ada yang 3 jam… ada 8 jam… saya tak pasti… yang pasti, kesan ubat strok itu dalam 3 - 24 jam yang pertama...
Lihat: ‘How to handle a stroke emergency?’, https://www.youtube.com/watch?v=BR9OjTiwKSM&feature=emb_rel_pause
{2} ...masa tu, Hospital KPJ Bandar Maharani Specialist tak ada...
{3} ~ deleted ~
{4} Pengimejan Resonans Magnet (Magnetic Resonance Imaging, MRI) merupakan satu kaedah pengimejan perubatan yang digunakan untuk menghasilkan gambar organ dalaman; Lihat MRI Scan, https://www.youtube.com/watch?v=AwXJNXNcLNs.
{5} Lihat: Cardioyhoracic ultrasound, https://www.gehealthcare.com/products/ultrasound/vivid/vivid-e95
{6} Lihat: Angiogram dan Angioplasty, https://www.youtube.com/watch?v=-BuazAhs7uA
{7} ~ deleted ~
{8} Lihat: Heart bypass surgery/Coronary Artery Bypass Graft (CABG), https://www.youtube.com/watch?v=n48qth-F3rk
{9} Teringat kepada lagu ‘Insya Allah’ oleh Maher Zain:
Lihat, https://www.youtube.com/watch?v=KfXIF2Mm2Kc.
{10} Berikut adalah sedutan sahaja…
‘...kali ini Abang nak berkongi kisah kehidupan yang berlaku pada INSAN TERPILIH, iaitu PELUANG HIDUP KALI KEDUA… setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya… untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba… Bersyukurlah dengan peluang pertama, apatah lagi peluang kedua yang ALLAH berikan kepada kita…’.
Lihat,
https://denaihati.com/terima-kasih-allah-kerana-beri-peluang-kedua-untuk-aku-hidup
Allah… Allah… Allah










