Serba sedikit tentang profile saya di halaman pertama ini (https://hishammb10.blogspot.com/2020/09/blog-saya.html). Boleh salur terus e-mail saya atau komen ke alamat di hishammb@gmail.com. Wallahu a'lam.
Saturday, September 26, 2020
MONOLOG 10
Thursday, September 24, 2020
MONOLOG 9
Bertajuk: KUCING MANJA
Kucing
Si Comel
Si Comot
anak-anak Si Comot
Si Cumit
anak-anak Si Cumit
Si Puteh
Kucing
manja
jinak
comel
mesra
Kucing
tak ada perasaan
juga tak ada dosa
Tak faham
tapi saling memahami
saling simbiosis
saling harmoni
bahasa naluri
etologi sejadi
tingkah laku semula jadi
Ia adalah warga syurga
AKU?
kamu?
tak pasti.
6:37am, Jumaat, 21 Ogos 2020
Parit Karang Darat, Tanjung Gading, Muar.
HishamMB
TAZKIRAH SEJENAK Lihat 1, https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4002-al-kafi-1534-benarkah-ada-tuntutan-syarak-untuk-membela-kucing
Monday, September 21, 2020
MONOLOG 8
Bertajuk: JONGKAT-JONGKIT
Dulu
dulu dulu
gah
mermegah
bergemerlapan
tersegam indah
si remaja
si dewasa
si tua
sama-sama mendaki puncak tinggi
sama-sama dituruni
si kanak-kanak riang
berjalan-jalan
berbasikal
kadang kadang gembira
kadang kadang ketawa
kadang kadang terkekeh
kadang kadang senyum simpul
sekarang
13 tahun lalu
bersilih musim ganti
ia sudah usang
dek hujan
dek malam
dek sejuk
dek panas terik
ia sudah berkarat
terbiar
zaman sudah berlalu
dimamah usia
menunggu untuk sujud di bumi
tak lagi deras laju
arus layu
arus lemah
tak ada lagi pengunjung
sunyi
senyap
tak ada lagi kedengaran kanak-kanak riang
tak ada lagi berjalan-jalan
tak ada lagi berbasikal
tak ada lagi jongkat-jongkit
semakin malap
semakin suram
zaman gelap
kenapa?
mengapa?
entah
aku tak tahu.
8:58am, Jumaat, 18 Sept 2020
Jalan Buloh Kasap, Segamat.
HishamMB.
TAZKIRAH SEJENAK
Sedutan
“...Tidak melakukan apa-apa perkara yang melanggar undang-undang, syariat dan akhlak seorang muslim seperti vandalisme, membuang sampah merata tempat, gangguan terhadap orang lain dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW:
المُسْÙ„ِÙ…ُ Ù…َÙ†ْ سَÙ„ِÙ…َ المُسْÙ„ِÙ…ُونَ Ù…ِÙ†ْ Ù„ِسَانِÙ‡ِ ÙˆَÙŠَدِÙ‡ِ
Maksudnya, “Seorang Muslim itu adalah seorang yang kaum Muslimin terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya.”
Riwayat al-Bukhari (10)...”
Lihat 1,
Lihat 2,
Tuesday, September 15, 2020
MONOLOG 7
Bertajuk: MAKNA MERDEKA
negara bertuah
orang-orang Yunani dipanggil 'Semenanjung Emas'
pelajarilah nota sejarah
dulu dulu
dia anuti ateis, kurun ke-2
berakar umbi hindu-buddha, kurun ke-7
beransur-ansur, kurun ke-11
karisma wibawa daulat Islam
temui Borneo, kurun ke-17
ia tinggalkan zaman penjajah
bersilih ganti, tahun 1769
penjajahan Portugis
penjajahan Inggeris
penjajahan komunis
penjajahan Jepun
mengkhianati petualang bangsa
membolot dan menjarah kekayaan bumi
penjajahan era baru
penjajahan minda
sejarah sangat panjang
onak dan duri
sulaman kisah titisan darah
air mata
keringat
marah
benci
pecah perintah bukan derhaka
lemah layu bukan kalah
perjuangan bara api
obor pelita bangsa
tak pernah padam
pantang dicabar
ayuh
jangan leka
jangan alpa
generasi tua
generasi muda
generasi kehadapan
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
12:18pm, Jumaat, 4 Sept 2020
Kampung Merbau, Muar.
HishamMB
Sunday, September 13, 2020
MONOLOG 6
Bertajuk: KELETAH
Gelagat anak kecil
keletah
geram
comel
hati cair
menghiburkan
menangis pun ketawa
sedih pun ketawa
senyum pun ketawa
marah pun ketawa
zaman kanak-kanak aku
mencerminkan zaman anak aku
Ah…
12:13am, Isnin, 24 Ogos 2020
Kampung Parit Raja, Gersik, Tangkak.
HishamMB
Lihat 1,
Lihat 2,
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1810-anak-ihsanilah
Thursday, September 10, 2020
MONOLOG 5
Bertajuk: KABUS NAN PUTIH
LIHAT VIDEO CLIP DI SINI 👇:
https://hishttps://www.youtube.com/watch?v=9EiwR8RiokE
tetingkap terlukis indah
permaidani embun nan sejuk
kisah menyelimuti malam
singkap misteri tersimpan rapi
kabus nan putih
jauh tak nampak
dekat kelihatan
tertanya tanya
tercari cari
titik garisan pertemuan
panahan cahaya mentari
ke mana kau menghilang
entah ke mana
kabus nan putih
gerimis pagi
terik tengah hari
hujan ribut petang
bintang galaksi malam
dunia semakin tua
meniti usia senja
Mungkinkah kabus esok?
5:57am, Rabu, 9 Sept 2020
Segamat.
HishamMB
Lihat,
Tuesday, September 8, 2020
MONOLOG 4
Bertajuk: PUSAT BELI-BELAH KU
Jualan!!!
sales!!!
murah-murah!!!
rugi??
mesti ada untung walaupun sikit
Dia berpusu-pusu
tergesa-gesa
bersesak-sesak
siapa cepat dia dapat
who dare will win
pelanggan menunggu
tak ada masa, cepat
seperti lipas kudung
Dia sangat teliti
lambat sangat
pelanggan masih menunggu
seperti itik pulang
Dia window shopping
jalan jalan
tengok-tengok
dia tak beli
si menjual hampa
Dia tak ada tempat tujuan
tak tahu nak ke mana
berlepak sahaja
pergi poket berisi
pulang poket kosong
pergi poket kosong
pulang pun poket kosong
dua-dua itu rugi.
5:43pm, Jumaat, 4 Sept 2020
Wetex Parade, Muar.
HishamMB
Lihat 1,
Lihat 2,
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/02/12/belanja-di-tanah-suci
Sunday, September 6, 2020
MONOLOG 3
Bertajuk: CERMIN MATA
Di sini
terang benderang
di sana
gelap gelita
(A)bang
ini budak budak punya
tak sesuai
ouhh
(A)bang
ini tua tua punya
tak sesuai
ouhh
(A)bang
ini mahal punya
ada jenama, terkemuka
ouhh
(A)bang
ini murah sangat
sinchai sinchai
tak sesuai
ouhh
ini tak ada ke, sedang-sedang?
tak mahal sangat, bukan murah sangat
sedang-sedang
ada?
di sini
ouhh
rabun jauh
rabun dekat
atau kedua-duanya
dual focal lens
si pemakai
si sakit mata
si sihat
si buta
aku tak pasti?
tapi
dia beli satu.
4:33pm, Jumaat, 28 Ogos 2020
Jalan Abdullah, Muar.
HishamMB
Lihat 1,
Lihat 2,
https://www.youtube.com/watch?v=k-ia1DOlir8







